top of page

Kerajaan perlu diberi ruang jelaskan RUU PSB – Ramanan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read
Ramanan (berhampiran bendera) merasmikan Program Ride Merdeka MADANI Parlimen Sungai Buloh
Ramanan (berhampiran bendera) merasmikan Program Ride Merdeka MADANI Parlimen Sungai Buloh

Masyarakat awam diseru tidak mudah termakan persepsi dimainkan pembangkang sehingga bertindak terburu-buru menolak Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).


Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk R Ramanan menegaskan, kerajaan wajar diberi ruang untuk menjelaskan secara menyeluruh maksud dan implikasi undang-undang tersebut.


"RUU PSB sudah dibentang dan kita akui ada beberapa perkara yang mungkin dipersoalkan. Sebaiknya kita beri ruang dan masa kepada menteri untuk memberi penjelasan sebelum membuat kesimpulan.


"Kita tidak boleh membuat keputusan hanya dengan mendengar sebelah pihak. Rakyat berhak mendapat penerangan penuh agar setiap suara dan kebimbangan mereka diambil kira," katanya dipetik.


Ramanan berkata begitu selepas merasmikan Program Ride Merdeka MADANI Parlimen Sungai Buloh anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Bandar Sri Damansara pada Sabtu.


Program tersebut menghimpunkan lebih 1,000 penduduk pelbagai kaum dan lapisan usia, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan dan kemerdekaan di Parlimen Sungai Buloh.


RUU PSB dianggap sebagai langkah penting bagi memperkukuh pembangunan bandar secara lebih teratur, adil dan inklusif, di mana kepentingan rakyat mesti sentiasa menjadi keutamaan.


Dewan Rakyat minggu lalu menangguhkan kelulusan RUU PSB untuk dibawa semula pada sidang berikutnya, dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjanji meneliti beberapa pindaan penting, termasuk nilai ambang persetujuan projek pembaharuan semula bandar.


Ramanan sementara itu berkata, penjelasan terperinci mengenai RUU itu amat penting agar keputusan yang dibuat benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, khususnya penduduk bandar yang bakal terlibat secara langsung.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page