top of page

Kerajaan perlu dana RM10 bilion, usah bergantung getah import Thailand


Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menggesa kerajaan supaya menambah dana sehingga RM10 bilion untuk mengembangkan lagi sektor penanaman getah di negara ini.


Beliau berkata, Malaysia hanya mempunyai 1 juta hektar ladang getah kerana terlalu bergantung kepada import getah dari negara jiran, Thailand.


"Kita cuma ada 1 juta hektar ladang getah, kita perlu 2 juta tambahan dan kos penanaman getah untuk satu hektar adalah RM5,000. Maknanya kita perlu dana penanaman getah dengan kadar faedah yang rendah sebanyak RM10 bilion.


"Sediakah kementerian mencari dana RM10 bilion supaya tanam lebih getah, tak payah bergantung dengan Thailand, sebab sampai 91 peratus tahap kebergantungan dengan Thailand, ini bahaya, jangan nanti kilang kita perlu pindah ke Thailand, kerajaan kena cari dana," katanya di Dewan Rakyat.


Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab menteri di Parlimen.


Timbalan Menteri II Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin bersetuju dengan cadangan Wong Chen dan beliau akan mempertimbangkannya.


Katanya, dana itu juga akan disarankan kepada Kementerian Kewangan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page