top of page

Kerajaan perlu campurtangan, majikan e-hailing harus lebih manusiawi - Kamil Munim



Majikan perkhidmatan e-hailing diseru untuk lebih manusiawi dalam melayan pekerja mereka pada ketika kerajaan masih belum meminda undang undang bagi membela pekerja di sektor berkenaan.


Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Kamil Munim berkata demikian dalam sidang media bersama pekerja e-hailing Grab Food dan Food Panda di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, pagi tadi.


"Pada peringkat awal kita tahu platform ini freelance tetapi dengan berubahnya masa maka ia menjadi satu sektor ekonomi besar yang memerlukan intevensi dari pihak berkuasa untuk memastikan nasib mereka ini dibela dengan baik.


"Beberapa tuntutan sebelum ini telah dibuat dan memohon pihak kerajaan melihat semula akta akta berkaitan untuk memastikan ada mekanisme dan definisi jelas mereka yang terlibat dalam industri ini


"Sehingga kini kita tidak dapat satu keputusan yang jelas atau garis panduan dikeluarkan oleh kerajaan untuk menangani masalah ini.


"Sementara kita menyaksikan syarikat mendapat keuntungan besar, dalam masa sama faedah dan upah diberikan kepada e-hailing tidak setimpal dengan peningkatan keuntungan syarikat. Kita minta pihak majikan agar lebih bersifat manusiawi," katanya.


Dalam waktu sama, Kamil berkata kerajaan tidak wajar lepas tangan dan membiarkan nasib pekerja e-hailing terkapai kapai selepas bertahun tahun.


"Kerajaan dalam perkara ini tak boleh lepas tangan dan biar keadaan berlarutan tanpa mekanisme yang jelas untuk kita pastikan kebajikan mereka .


"Kerajaan sebagai badan yang besar perlu mengenakan undang undang membela nasib pemandu ini, kebajikan mereka perlu dibela dengan baik," katanya.



Sementara itu, pekerja Grab Food yang hanya mahu dikenali sebagai Firdaus mengetengahkan masalah yang dihadapi oleh rakan rakannya sebagai pekerja e-hailing.


Katanya, selepas beberapa tahun bekerja upah bukan semakin meningkat sebaliknya semakin rendah.


"Kerja e-hailing ini makin lama makin turun bayaran kami. Kalau dulu kita dibayar dalam 10 order, kita dapat RM90 tetapi kini jatuh 9 order jadi RM50.


"Isu ini sudah banyak kali berlaku dan mogok pun kita telah lakukan, cuma tiada perubahan setakat ini. Kami pernah hantar memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia pada 2020, dan waktu itu M Saravanan (Menteri) beri jaminan akan selesaikan masalah ini. Sekarang 2022, kadar upah masih seperti itu dan bertambah teruk," katanya.


Beliau juga tidak berpuas hati kepada insurans pekerjaan Perkeso yang terpaksa dibayar sendiri.


Firdaus bertanya, masih relevankan pekerjaan e-hailing sepertinya yang terpaksa berpakaian seragam tetapi dianggap kerja separuh masa atau freelancer. Sedangkan mereka telah menghabiskan masa sama banyak dengan pekerja yang melakukan pekerjaan tetap.


"Masih relevankah kami diiktiraf sebagai pekerja ekonomi gig. Kita dalam sistem ada master and servant. Kami diwajibkan pakai beg dan baju seragam yang dibeli sendiri. Jika tak pakai kami digantung atau ditamatkan kontrak. Yang kita tahu freelancer adalah pekerja bebas tetapi kami tidak.


"Kami tidak tahu nak mengadu ke mana, sebab itu rider e-hailing mengadakan mogok. Bayaran kami kenapa dikurangkan. Saya mohon pihak kerajaan tubuh badan kawal selia dan iktiraf kami sebagai pekerja (dalam Akta Kerja)," katanya.




0 comments

Recent Posts

See All

Bình luận


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page