
KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya semalam membuat laporan polis berhubung kecuaian bekas Perdana Menteri Najib Razak dalam menangani tuntutan pewaris Kesultanan Sulu yang menyebabkan negara berdepan risiko perampasan aset di luar negara.
Bagi Ketua Cabang Hang Tuah Jaya, Mohd Rafee Ibrahim (gambar, lima dari kanan), siasatan seharusnya dibuat ke atas Najib yang bertindak cuai menghentikan bayaran wang tahunan RM5,300 kepada Kesultanan Sulu sejak 2013.
"KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya berpendapat tuntutan 67.5 bilion daripada waris Kesultanan Sulu berpunca daripada kecuaian Najib Razak dan pentadbirannya apabila beliau menghentikan bayaran tahunan kepada waris kesultanan Sulu pada tahun 2013
"Keputusan berkenaan telah mencetuskan langkah balas waris Kesultanan Sulu yang memulakan tindakan saman di peringkat antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia
"KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya berharap dengan adanya laporan ini membolehkan kertas siasatan dibuka untuk memastikan penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh ketelitian dan tanpa kecuaian, yang boleh merugikan rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Rafee hadir ke Balai Polis Bukit Baru bersama sama Jawatankuasa Cabang Hang Tuah Jaya