top of page

Kerajaan perlu bantu petani dengan segera


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menggesa kerajaan supaya membantu para petani dengan segera.


Ini selepas beliau selaku bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mendapati golongan petani menghadapi pelbagai jenis masalah termasuk kelewatan menghantar benih padi untuk ditanam pada masa yang ditetapkan.


"Baru-baru ini petani dari Perlis dan Kedah menghantar memorandum kepada kementerian mengenai kelambatan benih untuk sampai ke petani yang menyebabkan mereka mengalami kerugian.


"Sektor pertanian juga tidak setakat isu pengagihan sahaja, industri ini juga termasuk pemberian subsidi.


"Semasa Pakatan Harapan (PH) jadi kerajaan, kami adakan satu jawatankuasa dan ada beberapa rancangan untuk memberi subsidi terus kepada petani supaya mereka mempunyai hak memilih jenis benih yang mereka mahu, jadi kalau boleh kerajaan tengok semula perkara ini," katanya.


Sim turut mencadangkan kepada kerajaan supaya membuka sektor benih padi kepada lebih ramai pemain industri di Malaysia.


"Ketika ini seakan-akan ada monopoli kuota, jadi berikan pasaran lebih terbuka kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) ke atau Felda yang berminat, maka ada persaingan lebih baik supaya boleh ada benih lebih berkualiti dan tepat pada masa," katanya.


Sim juga mahu kerajaan menitikberatkan soal penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memperbanyak dan mempercepatkan penghasilan benih padi.


"R&D hanya dibuat oleh Mardi ketika ini dan ada kelewatan dari segi pelbagai benih baru. Kita perlukan lebih banyak jenis benih baru kerana setakat ini Malaysia hanya hasilkan dua tiga jenis benih dalam setahun.


"Padahal negara seperti India dan Pakistan boleh menghasilkan puluhan benih baru dalam masa setahun.


"R&D perlu dilihat supaya kita dapat menghasilkan benih baru yang rintang penyakit dan sebagainya," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page