
Kerajaan Perikatan Nasional Melaka yang ditubuhkan sejak 2 Mac 2020 lalu tumbang hari ini apabila 4 ADUN mengumumkan hilang sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka
Keempat ADUN berkenaan ialah ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Harun, ADUN Pantai Kundur, Nor Azman Hassan, ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas, Noor Effandi Ahmad.
"Bagi menjawab segala pertanyaan di media dan media sosial sejak beberapa hari ini, saya Idris Haron, ADUN Sungai Udang bersama rakan-rakan saya mengumumkan kami telah pun hilang kepercayaan kepada YAB Ketua Menteri dan seluruh barisan kepimpinan kerajaan hari ini.
"Kami berempat telah pun menyerahkan surat ketidakpercayaan dan menarik balik sokongan kepada YAB Ketua Menteri dan telah dihantar ke pejabat Ketua Menteri," katanya dalam sidang media tengah hari tadi.
Untuk rekod, Kerajaan Negeri Melaka terdiri dari 14 ADUN BN dan 3 ADUN PN, menjadikan jumlah kesemuanya 17 ADUN.
Manakala pembangkang terdiri daripada 11 ADUN Pakatan Harapan. Penghijrahan 4 ADUN akan menyebabkan berlakunya pertukaran Kerajaan Negeri.
Comments