top of page

Kerajaan pastikan harga barang tidak bebankan rakyat



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi komitmen bahawa kerajaan pimpinannya akan terus mencari jalan memastikan harga barang di Malaysia berada pada paras yang tidak membebankan rakyat.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan tidak memandang ringan isu harga barang meskipun mendapat kecaman daripada orang ramai yang tidak memahami secara menyeluruh mengenai masalah kenaikan harga.


Justeru, antara langkah yang akan diusahakan kerajaan adalah untuk meningkatkan pengeluaran produk makanan dalam negara supaya Malaysia tidak terlalu bergantung kepada barangan import.


"Contoh paling baik itu (langkah-langkah kerajaan) macam kerja (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) Datuk Seri Salahuddin Ayub (yang meninggal dunia baru-baru ini), dia sentiasa fikir macam mana nak berunding dengan syarikat, kedai dan pengeluar, bagaimana nak kurangkan harga.


"Tetapi seluruh dunia menghadapi masalah ini dan kita masih cuba selesaikan dengan sebaik mungkin, sekarang sudah (Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk) Armizan (Mohd Ali) turut membantu untuk tengok, kawal kerja-kerja di kementerian supaya hal ini dapat diteruskan dan kita ambil langkah-langkah tambahan," katanya dipetik.


Anwar berkata begitu ketika berucap merasmikan program Jualan Rahmah Mega@Tambun di Perkarangan Tempat Letak Kereta Mydin Manjoi di Ipoh pada Khamis.


Mengulas lanjut mengenai kenaikan harga beberapa barangan, beliau menjelaskan usaha menanganinya bukanlah suatu perkara mudah untuk dilakukan namun kerajaan tetap akan mencari jalan untuk melaksanakannya dan tidak boleh ‘lepas tangan.’


Beliau memberi contoh beberapa hari lepas, India telah menaikkan cukai sebanyak 40 peratus untuk eksport bawang putih dan bawang merah.


"Minggu lalu India pun naik cukai 40 peratus, maknanya ada hari kita boleh kawal, ada hari yang susah nak kawal kerana India naik cukai 40 peratus bagi eksport bawang ini. Kita nak tanam ambil masa sikit sebelum ada hasil.


"Tetapi kalau setakat ayam dan telur, sekurang-kurangnya Alhamdulillah, semasa kita perintah ini ada ayam dan telur… kemudian kerajaan terpaksa bayar subsidi untuk tampung harga ayam, kalau kita tak bayar harga subsidi, harga akan tinggi," katanya.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page