top of page

Kerajaan pastikan data strategik, sensitif kekal dalam kawalan negara

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
6 hours ago
1 min read
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil. Gambar fail
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil. Gambar fail

Kerajaan MADANI memberi penekanan terhadap perlindungan data strategik dan maklumat sensitif supaya kekal di bawah kawalan negara.


Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata antara mekanisme ditetapkan kerajaan antaranya melibatkan pematuhan keperluan residensi data, kawalan pemindahan data rentas sempadan, sekatan akses kepada penyedia perkhidmatan serta pengurusan kunci penyulitan oleh kerajaan di dalam negara.


"Penggunaan data rakyat dan sektor awam untuk melatih model kecerdasan buatan tanpa kebenaran bertulis kerajaan turut dilarang.

"Namun, pembangunan infrastruktur Awan AI Berdaulat Negara masih melalui proses penilaian dan perolehan, justeru spesifikasi akhir serta penyedia perkhidmatan yang akan dipilih belum dimuktamadkan," katanya dipetik laporan media.


Fahmi berkata begitu pada sesi menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat pada Khamis.


Dalam perkembangan berasingan, Fahmi juga memaklumkan Sistem Amaran Awal (EWS) menggunakan teknologi Cell Broadcast System (CBS) bagi membolehkan mesej amaran bencana disampaikan menerusi telefon bimbit dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada penghujung November ini.


Pelaksanaan sistem itu akan disusuli ujian amaran peringkat nasional pada awal Disember ini.


"Pelaksanaan sistem ini diharap dapat memperkukuh penyampaian amaran bencana secara lebih pantas dan bersasar, meningkatkan kesiapsiagaan rakyat menghadapi situasi kecemasan," katanya.


Menyentuh mengenai peruntukan RM1 bilion bagi inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) yang diumumkan pada 30 Ogos lalu dan dalam Belanjawan 2027 adalah peruntukan yang sama.


PERSADA bukan hanya melibatkan pelaksanaan Rekod Perubatan Elektronik (EMR), malah merangkumi usaha memperkukuh ketersambungan dan pendigitalan fasiliti kesihatan awam melalui kerjasama Kementerian Komunikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page