SST: Kerajaan pastikan barangan asas keperluan rakyat bebas cukai
- Suara Keadilan

- Jun 12
- 2 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa kerajaan akan memastikan barangan asas keperluan rakyat seperti beras, minyak masak, sayur-sayuran, ayam dan ikan akan kekal bebas cukai.
Beliau sebagai mengulas mengenai semakan semula pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai ini berkata, semakan itu hanya membabitkan barangan pilihan dan premium seperti cendawan truffle dan ketam raja (king crab). dengan kadar cukai 5 peratus hingga 10 peratus.
"Ini (semakan semula cukai) adalah pendekatan berimbang di mana rakyat kebanyakan tidak akan terkesan, manakala golongan berkemampuan menyumbang secara adil kepada pembangunan negara.
"Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus berusaha memastikan dasar yang digubal berpaksikan prinsip keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat," katanya dalam hantaran di Facebook.
"Ini (semakan semula cukai) adalah pendekatan berimbang di mana rakyat kebanyakan tidak akan terkesan, manakala golongan berkemampuan menyumbang secara adil kepada pembangunan negara.
"Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus berusaha memastikan dasar yang digubal berpaksikan prinsip keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat," katanya dalam hantaran di Facebook.

Kementerian Kewangan pada Isnin mengumumkan, Mulai 1 Julai, kadar cukai 5% hingga 10% akan diperluas ke atas barangan bukan keperluan, bagaimanapun barang keperluan asas akan dikekalkan pada kadar cukai jualan 0%.
Berdasarkan penjelasan kementerian itu, antara keperluan asas harian yang dikekalkan dengan kadar 0% termasuk ayam, daging lembu, kambing, ikan, udang, sotong, sayur-sayuran, buah-buahan tempatan, beras, barli, oat, gandum, tepung, sardin dalam tin, gula dan garam.
Turut dikekalkan pada kadar 0% ialah roti putih, pasta, bihun, mi, mi segera, susu, minyak masak, ubat-ubatan, peranti perubatan, buku, jurnal, surat khabar dan makanan haiwan peliharaan.
Menurut kementerian itu lagi, cukai bahan asas pembinaan seperti simen, batu dan pasir serta input sektor pertanian seperti baja, racun, jentera pertanian dan penternakan juga kekal pada kadar 0%.
"Peluasan cukai akan disertakan dengan beberapa pengecualian untuk mengelakkan cukai berganda dan memastikan rakyat Malaysia tidak dikenakan cukai untuk perkhidmatan tertentu.
"Langkah Kerajaan MADANI untuk tidak mengenakan CJ ke atas barangan keperluan asas harian supaya tidak memberi kesan secara langsung terhadap kos sara hidup majoriti rakyat dan kadar inflasi kekal terkawal," menurut Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.









Comments