top of page

Kerajaan Pas tidak baiki jalan walau memerintah kerajaan pusat, penduduk kecewa



Sewaktu Pas Kelantan merupakan kerajaan pembangkang, alasan yang sering digunakan apabila menghadapi masalah insfrastruktur ialah tiada peruntukan dari kerajaan pusat.


Bagaimanapun, menurut Ketua Penerangan KEADILAN Bachok, Zulfadly Ruslan, kerajaan Pas tidak boleh lagi menggunakan alasan 'biasa' itu dalam menghadapi kegagalan membaiki jalan kampung selepas Mac 2020.


Katanya, beliau kesal setelah Pas berada dalam Kerajaan Persekutuan, penduduk Kampung Serdang Muda masih menghadapi kesukaran apabila terpaksa berdepan masalah jalan berlubang dan mendap.


"Jalan itu bagaikan perangkap maut kepada pengguna kerana permukaan tar yang pecah dan berlubang tidak dibaiki dan masalah menjadi semakin teruk sejak akhir-akhir ini.


"Keadaan menjadi berbahaya apabila air hujan bertakung di dalam lubang tersebut, selain tidak ada sebarang papan tanda amaran yang memaklumkan mengenai jalan berlubang.


"Keadaan jalan sepanjang dua kilometer itu juga menyukarkan penduduk setempat menjalankan aktiviti harian seperti bekerja, pergi sekolah atau berulang alik ke pekan berdekatan. Keadaan ini meningkatkan risiko kemalangan kepada pengguna," katanya.


Menurut Zulfadly, beliau dukacita kerana setelah beberapa bulan mengalami kerosakan tiada sebarang usaha dilakukan oleh pihak wakil rakyat setempat atau kerajaan negeri membaikkinya.


"Saya dimaklumkan oleh penduduk jalan ini juga sering menjadi laluan bagi lori pasir dan batu yang menjalankan projek pembinaan perumahan di kawasan yang berdekatan


"Lori membawa muatan melebihi 80 tan, sedangkan laluan tersebut dibina untuk kenderaan tidak melebihi muatan 15 tan," katanya lagi.


Justeru, KEADILAN Bachok berharap masalah jalan berlubang itu mendapat perhatian sewajarnya pihak berkaitan agar tidak berlaku perkara buruk pada masa hadapan.


Zulfadly hadir meninjau jalan tersebut baru-baru ini bersama Exco Wanita KEADILAN Pusat, Monaliza Mokhtar.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page