
Kerajaan Pulau Pinang cekap membaiki prasarana di negeri itu dengan menyediakan Tabung Penyelenggaran Kerajaan Negeri dalam hal membaik pulih kemudahan awam.
Menurut ADUN Batu Uban, Kumaresan Aramugam, baru baru ini dalam mesyuarat yang diadakan bersama Kerajaan Negeri lif di dua taman perumahan diputuskan untuk dinaik taraf di Kadun itu.
"Saya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tabung Penyelenggaran Maksima 80% Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh YB Jagdeep Singh.
"Hari ini 2 permohonan untuk menaiktaraf lif iaitu di Taman Jade dan Flat Desa Riang telah diluluskan.
"Terima kasih saya ucapkan kepada YB Jagdeep Singh, barisan pimpinan beliau dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana meluluskan permohonan yang dibuat daripada Kadun Batu Uban.
"Sejak saya dipilih menjadi wakil rakyat, sebanyak 41 projek dengan kos RM6.8 juta telah diluluskan untuk Kadun Batu Uban," katanya.