top of page

Kerajaan Negeri tidak kompromi salah laku penjawat awam - MB


Kerajaan Selangor tidak akan berkompromi dengan salah laku yang dilakukan oleh penjawat awam.


Hal itu ditegaskan oleh Menteri Besar Selangor (MB) Datuk Seri Amirudin Shari berhubung penahanan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kakitangan Kerajaan Negeri baru-baru ini.


"Saya sedia maklum berita berhubung penahanan reman beberapa pegawai perkhidmatan awam Negeri Selangor oleh SPRM bagi membantu siasatan terkait isu rasuah.


"Kerajaan Negeri Selangor ingin menegaskan serta mengulangi tekad yang pernah dinyatakan sebelum ini bahawa Kerajaan Negeri sesekali tidak berkompromi dengan kesalahan rasuah serta penyelewengan kuasa.


"Seperti yang pernah saya umumkan sewaktu Majlis Mahabbah Ramadhan pada 23 April 2021 yang lalu, Kerajaan Negeri serius dan tegas dalam melawan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, malah Kerajaan Negeri juga sedang mengikuti secara dekat beberapa jabatan yang berkenaan, serta tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana individu yang didapati bersalah," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut MB lagi, Kerajaan Negeri akan sentiasa bekerjasama dengan pihak penguatkuasa sejajar dengan prinsip undang-undang negara.


"Sepanjang siasatan dijalankan oleh SPRM atau pihak berkuasa, perlu ditegaskan sejajar dengan prinsip Rule of Law bahawa tiada sesiapa dianggap bersalah sehingga terbukti bersalah.


"Justeru Kerajaan Negeri menghormati proses yang sedang berjalan dan kekal menjunjung prinsip ketelusan," katanya lagi.


Kelmarin, dua orang bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran di Selangor ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah daripada kontraktor projek dan pemaju perumahan di kawasan masing-masing.


Kedua-dua bekas YDP tersebut yang kini memegang jawatan Pegawai Daerah (DO) ditahan di Ibu pejabat SPRM ketika mereka hadir memberikan keterangan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page