Kerajaan Negeri Sembilan lancar Inisiatif Takaful Khairat Kematian


Kerajaan Negeri Sembilan melancarkan inisiatif Khairat Kematian dengan peruntukan RM1.5 juta bagi membantu nasib keluarga yang kehilangan ketua isi rumah sebagai tempat bergantung.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, inisiatif ini adalah simbol keprihatinan kerajaan negeri terhadap nasib waris tanpa mengira bangsa dan agama.


"Secara keseluruhannya insiatif ini dijangka memanfaatkan seramai 34,563 orang ketua isi rumah berdasarkan senarai e-Kasih Negeri Sembilan mulai Ogos 2021 untuk tempoh perlindungan selama 12 bulan.


"Untuk makluman, caruman ini tidak memerlukan permohonan. Caruman ini juga akan dibuat secara berfasa dan turut memberi perlindungan tambahan kepada isteri dan dua orang anak yang berumur 18 tahun ke bawah," katanya.


Katanya, pelan Caruman ini akan membolehkan waris menerima bantuan kecemasan berjumlah RM 2,000 selepas kematian individu yang dinamakan tanpa mengira agama dan kaum, manakala waris akan menerima Manfaat Kematian Kemalangan berjumlah RM6,000 sekiranya penama meninggal dunia akibat kemalangan.


Selain itu, Akaun Amanah Takaful Khairat Kematian juga sedang diwujudkan bagi mengkredit dan mengumpulkan semua terimaan dan bayaran bagi tujuan ini.


Orang ramai, syarikat swasta dan pihak-pihak yang ingin menyumbang adalah amat dialu-alukan untuk berbuat demikian bagi membolehkan lebih ramai rakyat di Negeri Sembilan dapat dicarumkan dalam program ini.


Sumbangan boleh disalurkan melalui Akaun CIMB 8004433398 di atas nama Bendahari Negeri, Negeri Sembilan dengan meletakkan rujukan ‘Khairat Kematian’.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER