top of page

Kerajaan Negeri Sembilan beri sumbangan dana lebih RM100,000


Kerajaan Negeri Sembilan memberikan sumbangan kepada pelbagai pihak yang berjumlah lebih RM100,000.


Ini termasuk sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Pusat Islam Politeknik Port Dickson (PoliPD) hari ini.


"Sumbangan ini adalah tanda penghargaan Kerajaan Negeri Sembilan kepada PoliPD yang bersetuju menjadikan kampus mereka sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) bermula 14 November 2020 sehingga 8 September 2021.


"Mewakili kerajaan negeri, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama baik sepanjang pengoperasian PKRC tersebut," katanya.


Dalam pada itu, kerajaan negeri turut memberi sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) serta RM10,000 kepada Persatuan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM.


"Sumbangan tersebut adalah bagi persatuan menjalankan aktiviti yang buat ahli mereka di seluruh Negeri Sembilan.


"Semoga sumbangan yang disalurkan ini dimanfaatkan sebaiknya oleh persatuan, Insya-Allah," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page