top of page

Kerajaan Negeri selesai sepenuhnya hutang Persekutuan tahun depan



Oleh: Abdullah Zaid


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memberi bayangan Kerajaan Negeri akan melunaskan sepenuhnya hutang dengan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2024.


Jelasnya, berdasarkan rekod terkini, baki hutang Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM19,207,475.78 yang terdiri daripada pinjaman Projek Bekalan Air dan Skim Amanah Saham Selangor (ASAS).


"Komitmen penyelesaian liabiliti hutang oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2024 juga adalah rendah yang hanya melibatkan penyelesaian baki ansuran akhir Skim ASAS yang berjumlah RM1,893,379.47. Manakala, baki pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM17,314,096.31.


Oleh itu, ia termaktub dalam Perjanjian Penyelesaian Global berkenaan penstrukturan industri air Selangor akan dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang hanya memerlukan tindakan urusan dokumentasi yang mana sedang dalam tindakan PAAB untuk diselesaikan sepenuhnya," kata beliau dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2024 di Dewan Negeri Selangor, hari ini.


Justeru, Amirudin yakin dengan kelebihan kebebasan kewangan ini, Kerajaan Negeri berjaya membuktikan tatakelola terbaik dalam menguruskan sumber kewangan negeri.


"Ini membuktikan ketangkasan perkhidmatan dalam meningkatkan darjat hidup rakyat Negeri Selangor melalui belanjawan Negeri 2024," ujarnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page