Kerajaan Negeri Selangor peruntukkan lebih RM200 juta beli vaksin Covid-19


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memperuntukkan lebih RM200 juta bagi pembelian lebih dua juta dos vaksin COVID-19 untuk kira-kira sejuta petugas barisan hadapan ekonomi negeri ini.


Beliau berkata, peruntukan itu melibatkan RM100 juta daripada kerajaan negeri dan selebihnya kira-kira RM120 juta daripada Selgate Corporation dan Selangor Health Care (SelCare).


“Kemungkinan pengumuman untuk vaksin akan diumumkan pada Selasa hadapan berhubung aturan dan agihan. Buat masa ini, fasa kedua vaksin adalah warga emas dan individu berisiko, namun, kita mungkin akan memfokuskan sektor ekonomi.


“Keutamaan diberikan kepada sektor ekonomi kerana jika kita tidak melindungi mereka dan membenarkan kilang beroperasi, maka, ia akan menimbulkan masalah di tempat kerja. Apabila sektor ekonomi berjalan, kita dapat mengawal penyakit dan mengurangkan risiko jangkitan,” katanya.


Amirudin berkata, perbincangan lanjut akan dilakukan bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba bagi proses penyampaian vaksin yang diusahakan kerajaan negeri.


“Dalam perbincangan yang dilakukan, kita menganggarkan lebih sejuta individu akan dapat dibantu bagi mendapatkan vaksin Covid-19. Kita mempunyai jumlah, tetapi perlu menunggu semua urusan selesai sebelum dibincangkan bersama kementerian.


"Pengumuman itu bermakna tiada halangan kepada kerajaan negeri untuk beli dan kita akan mengaturkan pelarasan dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) supaya data dan maklumat mereka yang telah divaksin atau tidak, untuk tujuan koordinasi," katanya.


Kerajaan semalam mengumumkan pemberian vaksin kepada pihak swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan negeri yang mempunyai kes penularan COVID-19 yang tinggi boleh dilakukan secara serentak dalam fasa ketiga dan keempat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.


Kelulusan bagi pemberian secara serentak itu dapat dilakukan menerusi pengeluaran vaksin oleh syarikat pemegang pendaftaran produk (PRH) iaitu Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER