top of page

Kerajaan negeri Selangor pastikan sumbangan di PPS tidak dihalang

Writer: Omar Zin
Omar Zin
Dec 24, 2021
1 min read

Kerajaan negeri Selangor memberi jaminan bahawa semua jenis sumbangan dan bantuan yang tiba di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tidak dihalang oleh mana-mana pihak dalam apa jua cara.


Pengerusi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Negeri Selangor, Rodziah Ismail mengakui insiden pihak tertentu menghalang barangan sumbangan tidak sepatutnya berlaku, terutamanya apabila ia cubaan untuk mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.


"Ramai bertanyakan kepada saya dan ada juga yang tag di media sosial.


"Selaku koordinator PPS Negeri Selangor, ini penjelasan dari saya dan berharap tidak lagi berlaku," katanya.


Beliau juga akan memastikan setiap barangan yang tiba di PPS disalurkan kepada mangsa banjir yang memerlukan.


"Saya maklum barangan yg banyak dihantar oleh banyak pihak ke PPS, tindakan segera yang saya arahkan agar tiada lagi halangan kepada mana-mana mangsa sama ada yg tinggal di PPS ataupun yang datang memohon ke sana.


"Semoga kita sentiasa prihatin tentang kebajikan mangsa-mangsa," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page