top of page

Kerajaan negeri Johor perlu tingkatkan keupayaan vaksin, ujian saringan


Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir berkongsi sedikit pandangannya selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN bersama Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.


Beliau mempersoalkan sasaran sebenar kerajaan negeri Johor bagi mengurangkan kes Covid-19.


"Isu kelembapan suntikan vaksin yang semakin menimbulkan kemarahan rakyat seperti kekecewaan terhadap kelemahan pendaftaran Astrazeneca semalam perlu diambil serius.


"Dengan menggunakan tiga kaedah utama iaitu mengawal pergerakan (PKP,PKPD,PKPB), swab testing dan suntikan vaksinasi, bagaimana dengan menggunakan semua kaedah tersebut dan bilakah kes dapat dikurangkan di negeri Johor dan seterusnya mengelakkan berlaku gelombang ke-4?


"Ketiga-tiga pendekatan boleh diselaraskan paling kurang diperingkat negeri dan setiap pendekatan tidak boleh diambil secara tersendiri," katanya.


Katanya lagi, kegagalan mengekang kes positif akan menyebabkan kegagalan untuk menghidupkan aktiviti ekonomi, pendidikan, peniaga-peniaga kecil, pengangguran yang semakin memuncak serta ketidaktentuan bila sebenarnya sempadan Johor Bahru - Singapura akan dibuka.


"Kerajaan negeri perlu tingkatkan keupayaan vaksinasi dan juga swab testing yang lebih meluas dengan segera.


"Terima kasih atas ruang yang diberikan dan diharapkan akan ada pertemuan susulan seperti mana komitmen Menteri Besar untuk menjawab pandangan-pandangan yang dikemukakan," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page