top of page

Kerajaan Negeri berjaya laksana 40 inisiatif Selangor Prihatin



Sebanyak 40 daripada 43 inisiatif bawah Pakej Selangor Prihatin fasa pertama dan kedua bagi mengurangkan kesan pandemik Covid-19 ke atas rakyat Selangor.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM264.4 juta atau 64 peratus, dibelanjakan daripada peruntukan lebih RM400 juta untuk manfaat lebih tiga juta penduduk


“(Pakej Selangor Prihatin) bertujuan memangkin ikhtiar membendung penularan Covid-19 dan menyerap dampak sosio-ekonomi penularan wabak tersebut,” katanya.


Kerajaan Negeri pada 20 Mac lalu telah membentangkan pakej fasa pertama dengan dana RM127.8 juta, manakala fasa kedua pula RM272.5 juta pada 1 April lalu.


Tiga inisiatif yang masih berjalan ialah bantuan kepada pesakit Covid-19, tabung khas bantuan Covid-19 dan inisiatif Selangor Pay yang ditambah baik menjadi Selangor Advance


Pada 13 Julai lalu, Kerajaan Negeri membentang pakej fasa ketiga bernilai ekonomi RM55.85 bilion, termasuk di peringkat penyelarasan bersama agensi-agensi berkaitan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page