top of page

Kerajaan NATO: Adam Adli bidas Syed Saddiq



Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menggelar Kerajaan Perpaduan sebagai 'kerajaan NATO' merujuk No Action Talk Only dibidas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim


Dalam kenyataan menerusi Facebook, Adam Adli menegaskan semua tiga perkara dibangkitkan membabitkan soal peruntukan kepada pembangkang, pengisytiharan harta anggota Kabinet dan pengguguran kes rasuah oleh Syed Saddiq sudah banyak kali dijelaskan sama ada di dalam atau luar Parlimen.


Dalam soal pengisytiharan harta, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim katanya, sejak Januari menyatakan ketegasan beliau dan mengarahkan agar mekanisme lebih telus dan menyeluruh disiapkan, bukan sekadar isytihar tanpa format yang khusus.


"Tidak sekadar kenyataan media, ia disepakati menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) Siri 17 Bil. 1 Tahun 2023 yang dipengerusikan sendiri Perdana Menteri pada Julai lalu," kata Adam.


Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu turut menjawab persoalan Syed Saddiq berhubung pengguguran kes mahkamah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dijadikannya alasan untuk membawa keluar parti Muda menyertai pembangkang.


Isu itu juga, jelas Adam telah dijelaskan secara terperinci oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said di Parlimen pada Isnin.


"Pengguguran kes mahkamah tentu sekali saya yakin merujuk kepada kes TPM (Timbalan Perdana Menteri) berbanding kes Pagoh, telah dijawab dalam Parlimen secara terperinci oleh Yang Berhormat Azalina atas kapasiti sebagai menteri menjaga undang-undang dan reformasi institusi, ditandai dengan komitmen kerajaan hari ini untuk memisahkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.


"Malah isu DNAA (melepas tanpa membebaskan) TPM (Ahmad Zahid) juga telah dibawa kepada perhatian Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, selain bakal dijawab sendiri oleh Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat hari ini," katanya.


Mengenai peruntukan kepada pembangkang, beliau menambah, perkara itu berulang kali diingatkan untuk mereka memulakan rundingan bersama kerajaan, namun sehingga kini masih belum disambut selain ia digunakan sebagai modal untuk bercakar dalam persidangan di Dewan Rakyat serta berkemungkinan sebagai modal membohongi rakyat di kawasan masing-masing seolah-olah kerajaan zalim.


"Soal NATO ini eloklah Saddiq jangan hanya cerminkan kepada perkara mengikut selera beliau," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page