top of page

Kerajaan naikkan elaun kursus sukarelawan APM



Kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun kursus anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kepada RM40 sehari bermula awal bulan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penambahan kadar elaun itu memanfaatkan lebih 10,000 sukarelawan APM di negara ini dan bakal memberi implikasi kewangan RM1.8 juta setahun kepada kerajaan.


Tambahnya, kali terakhir kadar elaun itu disemak adalah pada 1970 dengan jumlah RM5 sehari dan ia selaras dengan penambahbaikan APM dalam aspek pengukuhan organisasi, kompetensi dan insani.


"Walaupun kerajaan menghadapi masalah kewangan, APM melihat wajar dinaikkan kerana kali terakhir elaun kursus sukarelawan ini disemak pada 1970, hanya RM5 sehari.


"Kursus ini penting kerana kita mahu sukarelawan ini naik taraf kemahiran. Mengikut statistik, dalam tempoh lima tahun ini anggota sukarelawan telah menyelamatkan 461 nyawa melibatkan kes lemas di pantai," katanya.


Armizan sebelumnya berucap pada majlis penutup Civil Defence Beach Lifeguard Challenge (CDLC) Peringkat Kebangsaan 2023 di Pantai Batu 5, Port Dickson baru-baru ini.


Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong dan Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed.


Dalam pada itu, Armizan berkata, kementerian akan mengemukakan kepada kerajaan berkenaan keperluan mewujudkan perjawatan kontrak dalam APM.


Selain bagi memperkukuh peranan agensi itu sebagai urus setia jawatankuasa pengurusan bencana di daerah dan negeri, perjawatan kontrak itu juga penting kerana melibatkan tugas seperti merekod aset APM yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page