top of page

Kerajaan nafi tambahan STR sebanyak RM600



Kementerian Kewangan (MOF) menafikan maklumat yang tular di aplikasi Telegram mengenai tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak RM600.


Melalui satu hantaran di laman Facebook rasminya, MOF memaklumkan STR Fasa 3 sudah disalurkan pada 26 Jun lalu.


"Kementerian Kewangan ingin menegaskan maklumat mengenai tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak RM600 adalah palsu," menurut kenyataan itu.


Sementara itu MOF turut menasihati orang ramai agar mengikuti saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat sahih serta memastikan pautan berita adalah sah dan betul.


Dalam kenyataan sama, MOF memaklumkan tempoh permohonan rayuan juga telah dibuka mulai 3 hingga 31 Julai bagi memastikan program tersebut disasarkan kepada yang layak.


Pemohon terbabit boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).


Pembayaran STR fasa 3 dengan peruntukan lebih RM2 bilion yang awalnya dijadualkan pada Julai telah dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha lalu.


Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah tersebut adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page