top of page

Kerajaan N Sembilan lulus peruntukan baiki 94 rumah terjejas ribut

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read

Sebanyak 94 rumah dikenal pasti mengalami kerosakan dan akan dibaiki segera
Sebanyak 94 rumah dikenal pasti mengalami kerosakan dan akan dibaiki segera

Kerajaan Negeri Sembilan akan segera melaksana kerja baik pulih rumah yang rosak akibat kejadian ribut Sabtu lalu yang melanda beberapa kawasan di negeri itu.


Exco Kanan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pihak Kerajaan Negeri sudah meluluskan serta merta peruntukan baik pulih rumah yang terjejas dan ia akan dilaksana di bawah pemantauan Jawatankuasa Bencana Daerah.


"Sebanyak 94 rumah sudah dikenal pasti mengalami kerosakan dan akan dibaiki yang mengambil masa satu hingga enam hari.


"Buat masa ini, 25 orang daripada enam keluarga berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).


"Saya dah minta Pegawai Daerah dan ADUN Sungai Lui untuk melakukan kerja pembaikan serta- merta sehingga keadaan rumah boleh diduduki semula," kata ADUN Pertang itu dipetik.


Beliau berkata begitu kepada pemberita selepas melawat penduduk terjejas yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lui Barat pada Ahad.


Kejadian ribut kira-kira 4.15 petang itu membabitkan Kampung Baru Ayer Hitam, Kampung Dusat dan FELDA Lui Barat .


Selain menyebabkan kerosakan kepada rumah penduduk, ia turut menyebabkan kerosakan kepada asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lui Barat sehingga terpaksa ditutup atas faktor keselamatan.


Sementara itu Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu memaklumkan, kerja baik pulih rumah penduduk dijangka selesai dalam tempoh kurang seminggu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page