top of page

Kerajaan mampu urus jangkaan inflasi 2024 - Kementerian Ekonomi



Kementerian Ekonomi menyatakan keyakinan bahawa kerajaan mampu mengurus inflasi yang diunjur sedikit meningkat pada tahun ini.


Melalui jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen, kementerian itu berkata, inflasi masih terkawal dan usaha menguruskannya akan dilaksana dengan kerjasama semua pihak termasuk peserta industri, peniaga dan pengguna.


Kementerian itu turut menjelaskan, bahawa Kementerian Kewangan melalui penerbitan Tinjauan Ekonomi 2024 mengunjurkan kadar inflasi bagi 2024 adalah di antara 2.1% hingga 3.6%.


"Peratus kenaikan ini adalah dalam lingkungan unjuran oleh MIDF Research bagi 2024, iaitu 3.2%.


"Keadaan ini sebahagiannya disebabkan oleh jangkaan peralihan secara berperingkat ke arah mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar bagi memastikan pengagihan sumber yang lebih saksama," tambah kementerian itu menjawab soalan Ahli Parlimen mengenai inisiatif untuk menghadapi jangkaan MIDF Research.


Sementara itu Kementerian Ekonomi menjelaskan, kedudukan fiskal kerajaan semakin mencabar dan memerlukan komitmen untuk menyasarkan semula subsidi yang merupakan antara komponen utama dalam belanjawan mengurus.


"Walau bagaimanapun, kesejahteraan rakyat secara keseluruhan perlu diutamakan," tambahnya.


Kementerian Ekonomi sementara itu memaklumkan bahawa kerajaan telah mengenal pasti beberapa program dan inisiatif bagi memastikan baik kedudukan fiskal dan dalam masa yang sama mengurangkan impak ke atas kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat.


Ia antaranya meningkatkan nilai keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kepada RM10 bilion, meningkatkan bekalan dan jaminan makanan dengan menambah stok pelbagai barangan makanan serta menambah baik kecekapan pengagihan bagi memastikan bekalan tidak terganggu.


Selain itu kerajaan akan meneruskan inisiatif Payung Rahmah antaranya program Jualan Rahmah, Bakul Rahmah dan Menu Rahmah selain meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan harga yang berpatutan serta mengelakkan aktiviti mengaut keuntungan secara berlebihan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page