Kerajaan Malaysia perlu mewakili semua kaum



Oleh: Redzuan Shamsudin


ULASAN: Kerajaan Malaysia seharusnya mempunyai perwakilan yang berkadar langsung dengan kemajmukan kaum untuk berjaya memerintah dan tidak berhadapan masalah dalam membuat dasar pemerintahan.


Oleh kerana demografi Malaysia mempunyai Bumiputera/Melayu hampir 70% dan lebih 30% lagi adalah bukan Bumiputera maka Perikatan Nasional (PN) tidak menggambarkan kemajmukan itu berbanding Pakatan Harapan (PH) dan BN.


Sekiranya diteliti keputusan PRU 15, Ahli Parlimen PN terdiri daripada 100% Bumiputera/Melayu dan tiada seorang pun yang bukan Bumiputera.


Lebih buruk apabila mereka berkempen menggunakan Influencer dengan membakar sentimen undi PN untuk kerajaan Melayu. Undi PH masuk neraka, PH dianggotai orang tidak beriman dan sebagainya.


Kerajaan yang mempunyai naratif tersebut tentulah amat tidak sesuai bagi berbilang kaum. Malah mustahil untuk memenuhi tuntutan kaum kaum minioriti dalam penggubalan dasar negara.


Kerajaan PH - BN rasional


Oleh yang demikian usaha merintis kerjasama sebagai pemerintah antara PH dan BN adalah sesuatu yang rasional memandangkan kedua dua gabungan mempunyai Ahli Parlimen yang majmuk.



PN seharusnya sedar, biar pun mereka mendapatkan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) namun masyarakat Sarawak membantah keputusan pemimpin mereka untuk bersama gabungan yang didominasi Pas. Mereka menjangkakan dalam tempoh yang tidak lama, konsep keunggulan ras Melayu-Islam di Semenanjung akan merebak ke Sarawak, yang sejak 100 tahun lalu mengamalkan politik sederhana perkongsian kuasa Melayu - Iban atau Islam, Kristian dan kepercayaan turun temurun tanpa sebarang masalah.


Kenapa PN tidak jemput PH jadi kerajaan?


Timbul persoalan dalam kalangan nitizen di Semenanjung mengapakah PN begitu anti kepada DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Bukankah hampir semua pemimpin Bersatu dan Pas pernah bersama DAP dan Amanah pada period tertentu perjuangan politik mereka.


Netizen juga tidak faham kenapa Pas membiarkan anak muda remaja membuat video tiktok memaparkan pisau dan kerambit untuk naratif rusuhan kaum ala 13 Mei 1969 sekiranya BN tidak bersama PN membentuk kerajaan.


Bukankah daripada mengunakan pisau dan merusuh lebih mudah Pas memeluk sahaja rakan lama politiknya? Beratus keping gambar pemimpin DAP makan semeja dengan pemimpin Pas sedekad lalu boleh ditemui dalam carian Google. Begitu juga gambar ulama muktabar Pas Hj Hadi memeluk Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.


Bukan tidak ada gambar Anwar Ibrahim bersolat di belakang bekas Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz. Bukan tidak ada keratan berita Hj Hadi membela Anwar bermati matian. Malah 90% pemimpin tinggi Pas hari ini pernah menggunakan isu penganiayaan ke atas Anwar untuk berkempen dan menang pilihan raya suatu ketika dahulu. Mengapa mereka tidak menawarkan sahaja kerajaan campuran?


Jawabnya mungkin disebabkan fatwa Hj Hadi bahawa DAP komunis. Sedangkan dasar DAP tidak berubah sejak Hj Hadi memeluk Guan Eng 10 tahun lalu mahu pun ketika ini. Menarik balik fatwa ini tentunya akan meruntuhkan kredibilitinya. Namun perlu dipersoal kepada penyokong Pas dan PN adakah berbaloi mereka memecah keamanan semata mata mempertahankan ego Hj Hadi?


Ahli Pas yang berumur 30an ke atas tidak perlu hipokrit dan membiarkan penyokong PN umur 20an mencaci PH sedangkan mereka pernah melalui detik detik bersahabat dan berjanji sehidup semati bersama anggota PH suatu ketika dahulu.


Siapa selamatkan Muhyiddin 2016?


Begitu juga Muhyiddin Yassin. Mengapa beliau tega membiarkan anak muda penyokong Bersatu menentang PH tanpa kompromi. Tidak ingatkah peristiwa 6 tahun lalu ketika Umno memecatnya, siapakah yang mengutip Muhyiddin daripada tong sampah politik. Siapa yang mengubat lukanya, memberi kembali tenaga politik sehingga menjatuhkan BN dalam PRU 14. Jika Muhyiddin ingat jasa PH, maka eloklah beliau membayar dengan melorongkan Anwar jawatan PM 10 untuk membalas jasa PH kepadanya.


Politik tidak mengenang budi dan mahu menghuru harakan negara seperti inilah yang terpaksa ditentang oleh PH. Tidak kira membentuk kerajaan dengan siapa pun tetapi rakyat pelbagai kaum perlu diutamakan.


Malaysia tidak boleh mengulangi sejarah negara berpotensi sebagai negara maju terjerumus ke nasib malang seperti Lubnan atau Sri Lanka yang muflis kerana politik sempit para ahli politik.


Rakyat di Sri Lanka diperangkap dalam agenda kaum majoriti Sinhala dan minioriti Tamil. Di Lubnan rakyat dipenjara dalam pertentangan pengaruh politik Syiah vs Sunni vs Kristian.


Malaysia seharusnya mendapat kerajaan yang baik untuk mengembalikan potensi menjadi negara maju

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER