top of page

Kerajaan Malaysia, OIC harus guna semua cara henti keganasan Israel - Anwar


Kerajaan Malaysia diseru menggunakan apa sahaja saluran untuk menghentikan keganasan rejim Israel ke atas rakyat Palestin yang semakin buruk.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyeru agar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengikhtiarkan semua cara yang termampu bagi menghentikan penghapusan etnik di beberapa tempat di Palestin.


"Saya menggesa warga yang cintakan keadilan dan kesaksamaan untuk kembali menyikapi konflik ini dengan adil dan bertanggungjawab. Isu ini tidak hanya isu orang Islam, malah krisis kemanusiaan yang menjangkau persoalan ras ataupun agama.


"Selain mengutuk keras sikap biadab Zionis Israel yang melanggar batas-batas kemanusiaan, kerajaan Malaysia dan OIC mesti mengggunakan apa sahaja kuasa dan ruang yang ada dalam menyatakan bantahan," katanya dalam satu kenyataan.


Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mengkritik keras serangan yang dilakukan oleh rejim Zionis ke atas masjid al Aqsa dan perkampungan Sheikh Jarrah yang berlarutan seminggu lamanya.


"Regim pendudukan Zionis Israel sekali lagi menonjolkan politik samseng dan kezaliman yang berterusan di Masjid Al Aqsa dan di Sheikh Jarrah ke atas warga Palestin.


"Perkembangan terkini dari wilayah itu cukup mengesankan jiwa-jiwa yang teguh menegakkan keadilan dan hak asasi manusia. Apa yang kita saksikan di Sheikh Jarrah tidak hanya soal diskriminasi dan dasar apartheid pemerintah di Tel Aviv yang konsisten, tetapi juga adalah penghakisan hak-hak asasi warga Palestin dengan pembantaian etnik sebagai matlamat.


"Senario terbaru ini juga terus mempamerkan sikap majoriti negara Islam yang lesu dan bisu dalam menyatakan yang hak dan batil," katanya.


Anwar turut menyalahkan warisan imperialisme Barat yang membawa derita dan malapetaka kepada warga Palestin, samada penganut Islam, Kristian mahupun agama kaum Yahudi.


"Ini mengingatkan saya kepada apa yang pernah diungkapkan pemikir dan intelektual Palestin yakni Edward Said yang menyebut bahawa Israel "kamu tidak boleh memangsakan warga lain hanya kerana kamu pernah menjadi mangsa – ia mesti ada had"," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page