top of page

Komitmen KPM laksana reformasi tangani kes buli disambut baik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 minutes ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Helmi Foad


Biro Pendidikan KEADILAN Pusat menyambut baik komitmen Menteri Pendidikan berhubung empat tuntutan khusus dalam Memorandum Gerakan Mahasiswa dan Masyarakat Sivil mengenai kes kematian Allahyarham Zara Qairina.


Pengerusinya, Mahmud Epah berkata, langkah yang diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu termasuk pelaksanaan audit keselamatan di sekolah, penambahbaikan sistem aduan buli, penubuhan Jawatankuasa Reformasi Keselamatan dan tindakan tegas terhadap pesalah buli.


Beliau berkata pengukuhan sokongan psikososial di semua peringkat turut menjadi langkah penting yang selari dengan tuntutan masyarakat sivil untuk memastikan keselamatan pelajar menjadi keutamaan mutlak.


"Biro Pendidikan KEADILAN Pusat turut menghargai persetujuan KPM mengadakan sesi libat urus bersama gerakan mahasiswa dan masyarakat sivil bagi memperkukuh garis panduan menangani kes buli, membuktikan keterbukaan kementerian menerima pandangan pelbagai pihak.


"Kami juga menghargai usaha KPM memperkukuh latihan mandatori dan berkala kepada semua guru, pentadbir, dan warden serta jaminan bahawa perkembangan siasatan kes Allahyarham Zara akan dimaklumkan kepada masyarakat secara telus," katanya dalam kenyataan hari ini.


Kes Zara Qairina mendapat perhatian meluas selepas remaja perempuan berusia 13 tahun itu dilaporkan meninggal dunia pada awal Ogos dipercayai akibat menjadi mangsa buli.


Kes berkenaan kini disiasat polis dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh dengan siasatan diambil alih oleh Bukit Aman selepas proses bedah siasat selesai.


Mahmud menambah pelaksanaan segera semua komitmen itu diyakini mampu merealisasikan reformasi sistem pendidikan berkaitan pencegahan buli sejajar prinsip agenda Malaysia MADANI.


"Buli hancur, kasih subur," katanya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page