top of page

Bakal kalah PRN Melaka: Shahidan ditanya apakah rekod cemerlang kerajaan PN?

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • Apr 19
  • 2 min read

Kenyataan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim bahawa Pakatan Harapan (PH) dan gabungan Kerajaan Perpaduan bakal tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor dilihat tidak selari dengan rekod pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sepanjang 33 bulan memegang kuasa, yang terus menjadi bahan kritikan.


Membidas kenyataan itu, Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Eddiarman Mohd Yunos menyifatkan kalah atau menang dalam pertandingan adalah adat pertandingan.


"Dalam perjuangan pun kami memang dah biasa kalah (dan) menang itu satu keajaiban. Bak kata kawan saya ‘kalah memang pasti, menang belum tentu tapi lawan tetap lawan’.

Eddiarman Mohd Yunos
Eddiarman Mohd Yunos

"Tapi kalau PN rasanya ‘lawan tetap meroyan’ kot? Masa PN jadi kerajaan 33 bulan dulu ada melawan dalam PRU ke Datuk? Tanya jer," soal beliau dengan nada sinis.


Baru baru ini, Shahidan dalam satu hantaran di Facebook menyatakan bahawa PH dan gabungan akan kalah pada PRN Melaka dan Johor, selain mendakwa rakyat kini marah berikutan kegagalan kerajaan mengurus negara dengan baik.


Eddiarman berkata beliau ‘memahami’ kenyataan tersebut sebagai pandangan seorang pembangkang, sambil menyifatkan adalah tidak realistik untuk pihak berkenaan memuji kerajaan semasa.


Namun katanya, janganlah memperkecilkan Kerajaan Perpaduan atau PH secara berlebihan kerana Kerajaan Perikatan Nasional pun tidak mempunyai kejayaan yang boleh dibanggakan sepanjang 33 bulan memerintah.


"Bila Datuk mengatakan kerajaan sekarang tak pandai mengurus negara.. saya setujulah sebab pendapat Datuk itu sebagai pembangkang.


"Takkan lah Datuk nak kata kerajaan ni bagus pulak kan? Tak ‘fighter’ lah macam itu. Cuma saya nak tanya Datuk masa PN mentadbir urus negara 33 bulan bulan itu, apa perkara baik dan pandai mengurus yang PN buat?


"Apa perkara baik yang PN tinggalkan selepas itu? Dan dalam negeri-negeri SG4 sekarang ini terutama di Perlis, apa kemajuan dan pencapaian yang telah dibuat? Cer (cuba) citer (cerita) sikit Datuk. Kami para penyokong PH teringin nak tahu," katanya lagi.


Untuk rekod, Kerajaan PN yang memerintah mulai 2020 hingga 2022 pada waktu ini lebih diingat dengan perisytiharan darurat pada 2021 apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu mengumumkan telah memperolehi majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.


Selain itu PN juga diingati mempunyai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang antara terpanjang di dunia sehingga setahun, menyebabkan ekonomi rakyat memburuk dan kerajaan terpaksa meminjam dana untuk mentadbir negara yang hutangnya dibayar oleh Kerajaan Perpaduan hari ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page