top of page

Nurul Izzah tidak berdiam diri, santuni ibu Zara, jamin keadilan ditegakkan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 12 minutes ago
  • 2 min read

Nurul Izzah merasai kepiluan Noraidah Lamat dan berjanji akan mencari keadilan buat adik Zara
Nurul Izzah merasai kepiluan Noraidah Lamat dan berjanji akan mencari keadilan buat adik Zara

Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar membuktikan beliau tidak berdiam diri dalam memperjuangkan keadilan buat Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.


Selain memberi jaminan tidak akan berhenti memperjuangkan keadilan sehingga pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Zara Qairina menerima hukuman yang setimpal, beliau juga mendedahkan telah mengunjungi rumah keluarga Allahyarhamah dua minggu sebelum ini.


Dalam kenyataan yang dimuat naik di media sosialnya, Nurul Izzah berkongsi kisah beliau terbang ke Kota Kinabalu, Sabah dua minggu lalu untuk bertemu keluarga Zara namun ketika itu ibu remaja tersebut belum bersedia untuk berjumpa sesiapa.


"Saya tidak memaksa, tetapi syukur hari ini saya diberi ruang untuk menyampaikan takziah kepadanya secara bersemuka," katanya.


Perkongsian Nurul Izzah berkaitan dengan kunjungan ibu Zara iaitu Noraidah Lamat ini dilihat membantu melegakan 'amukan netizen' yang sedang menagih jaminan kes Zara ditangani secara telus dan seadil-adilnya.


Tindakan Nurul Izzah menyantuni keluarga Zara Qairina dihargai oleh netizen.


Nurul Izzah terima sokongan netizen


Dalam tempoh empat jam perkongsian status Nurul Izzah di laman Facebooknya - status tersebut menerima lebih empat ribu like, lebih 500 komen netizen yang positif menghargai usaha Puteri Reformasi itu.


Status Nurul Izzah tersebut juga telah dikongsi oleh lebih 1,000 netizen.

ree

Seorang netizen (Ann Noorsham) menulis komen 'Alhamdulilah sentuhan dari Hajjah Nurul melegakan kesedihan seorang ibu..semoga arwah adik Zara ditempatkan bersama para solehin..syabas YBhg Nurul Izzah..kami bangga dengan jiwa keprihatin semula jadimu.


Seorang lagi Netizen (Anim Azim) berkata, YB Izzah ini memang punya kesopanan yang tinggi. Teringat masa jumpa di Mekah Fairmont hotel. YB masuk restoran itu. Saya pandang YB senyum. First time melihat YB face to face..lembut keibuan wajahnya.


Berkongsi kepiluan ibu Zara


Nurul turut memuat naik gambar pertemuannya dengan ibu Zara Qairina.


Menurut Nurul Izzah, sebagai seorang ibu, beliau turut merasai kesedihan yang ditanggung oleh Noraidah Lamat.


Katanya, beliau juga memahami harapan wanita terbabit yang hanya ingin melihat anaknya membesar dengan sihat dan ceria.


"Zara Qairina itu seperti anak semua orang dan memiliki peribadi yang bersopan, akhlaknya mulia, dan merupakan seorang yang berpegang teguh pada ajaran agama.


"Pemergian Zara telah menyatukan kita semua merentasi sempadan dan perbezaan," ujarnya.


Berjuang sehingga kebenaran terserlah


Nurul Izzah menegaskan, beliau tidak akan berhenti memperjuangkan keadilan buat Zara Qairina sehinggalah orang yang bertanggungjawab menerima hukuman setimpal serta (wujud) persekitaran yang selamat untuk anak-anak ketika belajar.


Katanya, beliau juga akan terus memantau perkembangan kes tersebut secara rapat dan menyeru seluruh masyarakat untuk cakna serta memainkan peranan melindungi anak-anak daripada sebarang bentuk penderaan dan ancaman.


Nurul Izzah seterusnya mengajak rakyat untuk terus berdoa dan berusaha agar keadilan dapat ditegakkan dan tragedi serupa tidak berulang lagi pada masa depan.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page