top of page

Kerajaan mahu tutup sekolah pondok tidak berdaftar berita palsu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 56 minutes ago
  • 1 min read
ree

Dakwaan tular di media sosial kononnya Kerajaan Perpaduan ingin menutup sekolah pondok tidak berdaftar di Kedah dan Kelantan merupakan berita palsu yang berniat jahat.


Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (gambar), maklumat palsu berkenaan mula beredar sejak semalam di ruang maya dan telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, khususnya umat Islam.


"Semalam dimaklumkan kepada saya berita palsu tular di media sosial yang mendakwa Kerajaan berhasrat menutup sekolah pondok tidak berdaftar di Kedah dan Kelantan.


"YB Menteri Agama (Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar) telah mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut," kata Fahmi dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.


Fahmi juga memaklumkan bahawa aduan telah dipanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengenal pasti individu atau pihak yang terlibat dalam menghasilkan serta menyebarkan berita palsu itu.


"Sukacita saya ingatkan bahawa penyebaran berita palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.


Beliau turut menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati ketika berkongsi sebarang kandungan di media sosial.


"Jadi saya pohon kita sentiasa berhati hati dengan kandungan yang disebar terutama dalam media sosial supaya kita sahkan maklumat yang kita terima dengan media arus perdana (terlebih dahulu)," katanya lagi.


Beliau menegaskan, kerajaan komited memastikan kebebasan bersuara diamalkan dengan bertanggungjawab dan tidak disalah guna untuk menyebarkan fitnah atau mencetuskan keresahan awam.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page