top of page

Kerajaan MADANI utamakan reformasi, kebajikan rakyat berbanding PRU awal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 18
  • 1 min read
DS Anwar menerangkan dasar dan keutamaan Kerajaan Madani di pertemuan bersama editor kanan media
DS Anwar menerangkan dasar dan keutamaan Kerajaan Madani di pertemuan bersama editor kanan media

Kerajaan MADANI tidak menjadikan pilihan raya umum (PRU) awal sebagai keutamaan buat masa ini, sebaliknya kekal fokus melaksanakan agenda reformasi dan menangani isu kos sara hidup rakyat.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun keadaan politik dan ekonomi negara kini dilihat semakin stabil serta sokongan terhadap kerajaan semakin kukuh, masih banyak usaha pembaharuan yang perlu diteruskan.


Menurut beliau, dua fokus utama kerajaan pada tahun hadapan adalah memperkasa reformasi institusi dan mengurangkan tekanan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat.


"Kita masih mempunyai perjalanan yang panjang. Pada masa ini saya memberi tumpuan kepada usaha meneruskan pelaksanaan reformasi serta mengurangkan masalah yang dihadapi rakyat khususnya kos sara hidup yang semakin tinggi.


"Itulah dua fokus utama bagi tahun hadapan dan saya fikir, walaupun keadaan sekarang agak lebih baik, ia akan menjadi lebih baik lagi pada masa akan datang," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian ketika sesi Taklimat Perdana Menteri bersama Ketua-Ketua Pengarang Media di Kompleks Seri Perdana, di Putrajaya pada Rabu.


Terdahulu, Anwar diminta mengulas sama ada kerajaan bersedia mengadakan PRU lebih awal susulan sokongan yang diterima amat baik ketika ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page