top of page

Kerajaan MADANI tunai MA63, serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read
PM Anwar menerima serahan cek dari Kerajaan Sarawak kepada Persekutuan. Foto: Jab. Penerengan Sarawak
PM Anwar menerima serahan cek dari Kerajaan Sarawak kepada Persekutuan. Foto: Jab. Penerengan Sarawak

Kerajaan MADANI melakar satu lagi pencapaian penting apabila secara rasmi menyerahkan status Pelabuhan Bintulu kepada kerajaan Sarawak pada Ahad, sekali gus menzahirkan komitmen terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik laporan media mengakui proses pemindahan status pelabuhan yang menjadi pintu masuk utama gas asli cecair (LNG) berskala besar dan tersohor peringkat global itu bukan perkara mudah.


Menurutnya, penyelesaian tercapai hasil persefahaman dan kepercayaan di peringkat tertinggi antara beliau dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang menjadi asas kepada keputusan secara harmoni tanpa sebarang tekanan atau unsur paksaan.

Peranan penting dimainkan Menteri Pengangkutan serta Timbalan Premier Sarawak, Datuk Douglas Uggah Embas sepanjang proses juga berjaya memastikan penyelarasan berjalan lancar.


Menurut laporan sama, Anwar turut menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan kekal komited untuk memperkukuh hubungan dengan kerajaan negeri berlandaskan Perlembagaan Persekutuan serta semangat kerjasama dalam kerangka Malaysia MADANI.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page