Kerajaan MADANI tunai janji, manifesto PRN Sabah bermula bulan ini
- Suara Keadilan
- 15 hours ago
- 1 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan janji dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, terutama naik taraf infrastruktur akan dilaksanakan bermula bulan ini.
Jelasnya, mesyuarat penyelarasan untuk memantau pelaksanaan projek utama juga akan diadakan setiap bulan bermula bagi memastikan kelancarannya.
"Kita janji dalam tempoh seminggu kita turun, menetapkan kaedah pelaksanaan kerana di sana masih terbelenggu masalah api, air dan jalan.
"Kalau ada 250 projek utama, maka mesti dipantau setiap projek itu. Mesyuarat setiap bulan di peringkat Persekutuan dan negeri.
"Langkah ini contoh terbaik yang boleh kita lakukan untuk melaksanakan kata-kata kita. Ini berbeza... orang politik dan pimpinan berjanji sebelum ini... sebelum pilihan raya... dan meninggalkan janji itu," katanya dipetik.
Terdahulu, Perdana Menteri hadir ke Majlis Perasmian Penutupan Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 di Putrajaya pada Ahad.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menerusi ucapannya, Anwar turut memberi jaminan Projek Lebuhraya Pan Borneo yang mencecah belasan bilion ringgit antara Sabah dan Sarawak akan diteruskan dengan teratur dan mengikut jadual.





