top of page

Kerajaan Madani tumpu pembangunan ekonomi, galakkan pelaburan



Kerajaan Madani akan menumpukan usaha pembangunan ekonomi dan menggalakkan pelaburan pada tahun ini untuk memastikan Malaysia bangkit kembali sebagai sebuah negara yang disegani sebagaimana beberapa dekad lalu.


Menurut Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi tujuan itu Kabinet telah pun menetapkan beberapa perkara bagi mengembangkan keupayaan negara terutama dalam bidang pendidikan. Termasuk juga, katanya, bidang kesihatan dan kebudayaan.


"Dengan kestabilan politik dan Kerajaan Madani yang kukuh, kita mesti menumpukan kepada pembangunan ekonomi, meningkatkan pelaburan dan mengembangkan keupayaan kita dalam semua bidang.


"Bagi 2024 ini, Kabinet sangat fokus untuk memastikan semua tumpuan itu dilaksanakan agar Malaysia kembali menjadi negara yang hebat dan disegani di rantau ini," katanya dipetik Bernama ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) hari ini.


Anwar berharap hubungan baik antara kaum dan keharmonian masyarakat akan berkekalan bagi memastikan persekitaran ekonomi yang kondusif dan mengalakkan perniagaan.



Beliau turut menyentuh mengenai kebangkitan China sebagai kuasa besar ekonomi dan hubungan baik Malaysia - China yang kini menjanjikan kemakmuran ekonomi yang lebih besar.


"Kita gunakan sejarah panjang hubungan Malaysia - China untuk tunjukkan ia merupakan hubungan yang aman dan sekarang kita tumpu hubungan ekonomi.


"Seperti yang kita sebut, China antara negara utama yang melabur dalam sektor ekonomi di negara ini dan sekarang kita terus kembangkan hubungan itu meliputi bidang pendidikan, kebudayaan, kerjasama antara universiti serta dengan syarikat-syarikat besar negara terbabit," katanya.


PM dalam ucapan itu turut menghargai pengurusan KLSCAH atas kerjasama dan dukungan berterusan yang diberikan kepada kerajaan dan diri beliau sejak aktif dalam gerakan mahasiswa pada 1970an sehinggalah era reformasi pada 1990-an.


Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, Presiden KLSCAH Ngan Teng Ye dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.


Sebelum itu, Anwar berkunjung ke rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Jalan Ampang bersama beberapa pimpinan Kerajaan Perpaduan


Beliau mengucapkan terima kasih kepada kepada Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan pimpinan lain atas jemputan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page