top of page

Kerajaan Madani tidak nafikan hak Kelantan - Anwar



Kerajaan Perpaduan tidak menafikan hak rakyat di negeri pembangkang termasuk Kelantan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata biarpun terdapat perbezaan politik segi pentadbiran, namun rundingan dan perbincangan sentiasa dilakukan bagi memberi peruntukan terutama dalam soal keagamaan dan kebajikan.


"Rundingan yang baik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sangat diperlukan untuk membantu rakyat.


"Apabila saya menjadi Perdana Menteri, saya tak mahu zalim, nafikan hak rakyat dan buat tuduhan palsu untuk sumbat orang ke penjara, walaupun itu sudah saya lalui.


"Jadi sekarang ini kena runding molek-molek apa yang boleh diselesaikan, kita selesaikan, jangan membebankan rakyat," katanya dipetik.


Anwar sebelumnya menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Perdana Menteri bagi Projek Menyiapkan Masjid At-Taqwa Alor Pasir di Tumpat semalam.

Pada majlis itu Perdana Menteri menyampaikan peruntukan RM7.76 juta untuk projek menyiapkan Masjid At-Takwa Alor Pasir.


Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga memaklumkan Kelantan walaupun ditadbir Pas menjadi antara negeri menerima peruntukan paling besar dalam Belanjawan MADANI.


"Isu bekalan air dan banjir turut diutamakan kerana ia melibatkan rakyat, malah peruntukan sejumlah RM103,863,258 turut disalurkan kepada golongan imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini.


"Dalam Belanjawan MADANI, semua projek diteruskan antaranya tadahan air, naik taraf jalan Pak Badol ke Melor, pembinaan Jambatan Palekbang termasuk beberapa projek baharu Sungai Golok," katanya.


Sementara itu, beliau memaklumkan keperluan peruntukan sekolah agama rakyat (SAR) yang pernah dihentikan pada 1999 bakal dikaji semula tanpa memilih mana-mana kelompok dan biar sama rata kerana menurutnya institusi itu ada peranannya terhadap pendidikan Islam di negara ini.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page