top of page

Kerajaan Madani tidak berhasrat perkenal semula GST

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 30, 2024
  • 1 min read

ree

Kerajaan tidak berhasrat untuk memperkenal cukai kepenggunaan terutama Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai alternatif kepada menghapuskan subsidi petrol RON95.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan di pihak kerajaan untuk mengembalikan GST.


"Tak ada, tak ada apa-apa perbincangan (berkaitan GST)," katanya dipetik.


Fahmi sebelumnya diminta mengulas satu laporan media dalam talian bahawa kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenal semula cukai berkenaan bagi meningkatkan kewangan kerajaan.


Berdasarkan laporan terbabit, ia adalah sebagai langkah politik 'mudah' dengan mengembalikan GST berbanding melaksanakan penyasaran subsidi yang dilihat sebagai tindakan kurang popular.


Baru-baru ini Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) mengesyorkan agar kerajaan memperkenalkan semula GST.


Pengarah Cawangan Kajian Negara, Jabatan Ekonomi OECD, Luiz De Mello berkata, langkah itu wajar dilakukan kerana Malaysia harus meningkatkan hasil memandangkan penerimaan cukai hanya menyumbang 12% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) ekonomi secara keseluruhan.


Bagaimanapun Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menurut laporan media menegaskan, Malaysia tidak berhasrat mengembalikan semula GST untuk meningkatkan hasil seperti disarankan OECD.


Tegasnya, terdapat banyak cara untuk mencapai pengukuhan fiskal dengan kumpulan berbeza yang menawarkan pelbagai perspektif.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page