top of page

Kerajaan Madani Terbuka Gubal Akta PSB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 9 hours ago
  • 2 min read
ree

Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil


Kerajaan Madani menunjukkan keterbukaannya apabila sudi mendengar dan mempertimbangkan permintaan segelintir pihak terutamanya pembangkang untuk mengkaji semula cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB).


Permintaan tersebut turut disuarakan oleh 21 Ahli Dewan Negeri (ADN) Perikatan Nasional (PN) Selangor, demi memberi keadilan dan ketelusan maka PSB telah dibentang untuk bacaan kedua pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini namun perbahasan dan pengundian akan dilakukan pada sidang Oktober akan datang.


Semua alasan diambil kira, dipertimbangkan


Beberapa alasan dikemukan terkait permintaan untuk PSB dikaji semula seperti kuasa yang terlalu besar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, nilai ambang persetujuan yang rendah (75%-80%) dan had umur bangunan pengambilan bangunan yang singkat (30 tahun). Kesemua alasan tersebut telah dibentangkan di dalam Dewan Rakyat dan mendapat maklumbalas daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (PMX).


Secara jujur dan tegas PMX mengingatkan bahawa beliau terbuka untuk menerima sebarang cadangan atau kritikan daripada pembangkang demi memberi ruang agar penggubalan PSB dapat memberi keadilan yang sewajarnya kepada rakyat Malaysia.


PMX bersedia meminda perkara-perkara yang menimbulkan kekhuatiran terkait PSB seperti kuasa menteri, nilai ambang persetujuan dan had umur bangunan. Namun PMX mengutuk keras naratif yang cuba ditonjolkan bahawa Kerajaan Madani mempunyai agenda untuk menindas masyarakat Melayu di kawasan bandar.

Penulis - Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil
Penulis - Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil

PMX membangkitkan ironi terkait PSB yang mana pada suatu ketika dahulu terdapat pemimpin pembangkang yang bersetuju dengan PSB ketika menjadi kerajaan, namun kini melakukan tunjuk perasaan menentang penggubalan RUU tersebut.


Seharusnya semua pihak membetulkan niat dalam memperjuangkan penggubalan PSB. Niat untuk menggunakan PSB sebagai ‘tunggangan politik’ tidak akan memberi manfaat kepada mana-mana pihak. Keadaan itu akan hanya melambatkan pembangunan semula kawasan bandar di Malaysia.


Hakikatnya semua pihak bersetuju dengan perlaksanaan PSB, hanya perincian RUU tersebut yang menjadi perdebatan. Perbezaan pandangan itu telah mendapat perhatian daripada PMX dan ia terbuka untuk diperdebatkan semasa perbahasan dan libat urus yang bakal berlangsung tidak lama lagi.


ADUN Selangor perlu perbetul niat


Niat 21 ADN PN Selangor juga harus diperbetulkan apabila cuba menggambarkan bahawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari seolah-olah tidak mempunyai pendirian dalam isu penggubalan PSB. Cabaran yang dilontarkan oleh 21 ADUN PN Selangor agar Menteri Besar Selangor tidak berdiam terkait penggubalan PSB sebenarnya telah dijawab secara jelas.


Menteri Besar Selangor menyatakan bahawa Negeri Selangor adalah antara negeri yang memerlukan kelulusan terhadap PSB. Sekiranya PSB diluluskan dan dikuatkuasakan maka ia mampu memberikan nafas baharu khususnya kepada kawasan bandar yang dikenal pasti sebagai uzur dan usang seperti di Ampang, Gombak dan Hulu Langat.


Peluang yang dibuka oleh Kerajaan Madani dalam perbahasan PSB pada oktober nanti perlu dimanfaatkan dengan sejujurnya oleh semua pihak, tidak perlu memainkan naratif perkauman dalam isu tersebut kerana secara dasarnya PSB dipersetujui oleh semua pihak.


Hanya perincian PSB yang menjadi perdebatan, jaminan telah diberikan oleh PMX untuk mempertimbangkan cadangan dan kritikan dari semua pihak terkait RUU tersebut. Justeru keterbukaan yang ditunjukkan ini janganlah diperkecilkan dan dipermainkan sehingga mengagalkan penggubalan PSB demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.


Penulis merupakan Pengarah Komunikasi KEADILAN Selangor

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page