top of page

Kerajaan Madani tekad tambahbaik pembelaan hak wanita



Kerajaan Perpaduan telah meletakkan konsep masyarakat Madani sebagai tonggak membela golongan wanita dalam banyak segi biar pun baru berusia 100 hari.


Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, banyak pembelaan telah diperkenalkan terutama dengan melaksanakan pindaan ke atas Akta Kerja 1955 berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023.


Akta itu katanya, menetapkan waktu kerja 45 jam seminggu, cuti bersalin dipanjangkan daripada 60 hari kepada 98 hari, cuti paterniti daripada 3 hari ke 7 hari untuk suami membantu para isteri yang baru melahirkan anak. Juga hak wanita hamil untuk kekal di jawatan yang sama serta majikan diwajibkan menampal notis kesedaran gangguan seksual di tempat kerja.


Selain itu, Anwar dalam majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita Antarabangsa di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur petang tadi telah mengumumkan beberapa inisiatif pemerkasaan KASIH Wanita, antaranya skim i-Sayang yang mana suami menyumbang caruman KWSP untuk isteri.


"Sebagai menghargai sumbangan isteri, Kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Sayang, satu inisiatif membolehkan suami memindahkan dua peratus caruman KWSP syer pekerjanya secara sukarela ke akaun KWSP isteri.


"Saya juga sukacita mencadangkan Tabung KASIH Rahmah Wanita diwujudkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan diperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi membantu golongan wanita yang memerlukan bantuan dalam keadaan terdesak, seperti mangsa keganasan rumah tangga yang diselamatkan dan wanita yang diabai oleh ahli keluarga sebelum dibantu oleh agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat," katanya.


Manakala berkenaan Garis Panduan Pelaksanaan Program Advokasi Antigangguan Seksual pula PM berkata garis panduan itu dibangunkan bertujuan menjelaskan pelaksanaan program advokasi berkaitan langkah-langkah pencegahan dan menggalakkan kesedaran tentang gangguan seksual di kalangan semua lapisan masyarakat.



"Garis Panduan ini merangkumi pelan tindakan program advokasi bagi pencegahan gangguan seksual dan pelan tindakan program advokasi bagi kesedaran gangguan seksual.


"Modul Training for Trainers juga telah dibangunkan yang bertujuan melatih lebih ramai individu dalam advokasi antigangguan seksual seterusnya memperluaskan kesedaran masyarakat tentang perkara ini," katanya.


Dalam pada itu, PM juga menyarankan penyelidikan dilakukan berkaitan pemerkasaan wanita bagi mencari jalan mengatasi wujudnya elemen diskriminasi, penetapan dasar dan amalan di peringkat organisasi


Katanya, berdasarkan kajian itu juga terdapat keperluan untuk mewujudkan sinergi antara semua pihak dalam menjayakan program pemerkasaan wanita.


Terakhir beliau menyarankan agar penyertaan 30 peratus wanita dalam Lembaga Pengarah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.


"Saya ingin menetapkan sasaran baharu untuk mencapai penyertaan 30 peratus wanita sebagai lembaga pengarah di semua syarikat tersenarai di Bursa Malaysia menjelang 2025," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page