top of page

Kerajaan MADANI tambah subsidi bil elektrik dari 600kWj kepada 800 kWj

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
40 minutes ago
2 min read
DS Anwar dalam mesyuarat bersama kementerian yang bertanggungjawab terhadap kos tenaga
DS Anwar dalam mesyuarat bersama kementerian yang bertanggungjawab terhadap kos tenaga

Kerajaan MADANI memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kilowatt-jam (kWj) kepada 800 kWj sebulan, berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember 2026.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu merupakan tindakan segera kerajaan bagi menangani tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat ketika ini.


"Kerajaan MADANI hari ini telah memutuskan untuk menambah baik subsidi bil elektrik untuk rakyat dengan memperluaskan tahap perlindungan daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember 2026.


"Langkah ini diambil sebagai tindakan segera bagi menangani tekanan hidup rakyat saat ini," katanya dalam kenyataan media.


Menurut Anwar, menerusi langkah berkenaan, pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kWj sebulan akan diberikan perlindungan daripada beberapa caj berkaitan bil elektrik.


"Melalui langkah ini, pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kWj sebulan akan diberikan perlindungan melibatkan pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan," katanya.


Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta Suruhanjaya Tenaga atas peranan dalam membolehkan langkah berkenaan dilaksanakan dengan segera.


"Sekalung penghargaan khususnya kepada pihak TNB, PETRA dan Suruhanjaya Tenaga atas peranan mereka dalam memungkinkan langkah ini diambil dalam kadar segera," katanya.


Beliau berkata, keadaan jerebu serta cuaca lebih panas sejak kebelakangan ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah.


"Keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas mutakhir ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj dan menyebabkan kenaikan bil yang luar biasa," katanya.


Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan akan terus memantau perkembangan kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga semasa bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan tarif elektrik mengambil kira kepentingan rakyat serta kelangsungan sektor tenaga.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page