top of page

Kerajaan Madani tambah RM50j bantuan banjir Terengganu



Kerajaan Perpaduan menambah peruntukan bantuan banjir di Terengganu yang dilaporkan tidak mencukupi dan mengalami kelewatan sebanyak RM50 juta lagi.


Hal itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis Rumah Terbuka Madani di Terengganu malam tadi.


"Saya dengar ada pandangan mengatakan peruntukan mangsa banjir RM50 juta awal itu ada kelewatan dari NADMA. Saya sudah minta pagi tadi KSP periksa perkara ini untuk maksud kalau ada kekurangan, saya pada malam ini, untuk mangsa banjir di Terengganu kita tambah RM50 juta," katanya disambut tepukan hadirin.


Selain itu, PM juga memperingatkan jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan ke atas Terengganu pada tahun ini dalam Belanjawan 2023 adalah lebih banyak berbanding tahun lalu.


Katanya, dalam tempoh beberapa bulan setelah beliau melakukan semakan maka jumlah peruntukan RM1.6 bilion sebelumnya telah dinaikkan kepada RM1.7 bilion.


"Antaranya pembinaan loji pembentungan di Kuala Terengganu RM500 juta, pemuliharaan Sungai Kuala Nerang - Setiu RM200 juta, pembangunan pemerkasaan Pelabuhan Perikanan LKIM Chendering RM192 juta dan termasuk projek baru pembinaan jalan desa RM124 juta


"Rancangan tebatan banjir kita beri keutamaan. Untuk Terengganu rancangan tebatan banjir Sungai Tepoh - Banggol Air Lilih, Kuala Nerus ditender mulai bulan depan, kos projek RM410 juta.


"Saya beri keutamaan adalah projek pembasmian kemiskinan. Selepas Sabah dan Kelantan, Terengganu masih tinggi kalau ikut angka pada 2020 sebanyak 12%. Sebab itu projek IPR diperuntukkan RM750 juta untuk Terengganu," katanya.


Peruntukan pembasmian kemiskinan juga, kata Anwar, melibatkan peruntukan RM100 juta baik pulih rumah golongan miskin, program latihan kemahiran dan jaminan pekerjaan. Bantuan kebajikan masyarakat 24,000 orang, Sumbangan Tunai Rahmah mencecah 400,000 orang dengan peruntukan RM135 juta.


Anwar dalam pada itu memanjatkan kesyukuaran kerana biar pun mengambil negara dalam keadaan hutang RM1.5 trilion namun hasil cukai didapati bertambah kerana kesedaran golongan peniaga untuk membayar cukai, juga ketegasan jabatan berkaitan ehwal percukaian yang tidak lagi mengecualikan tauke tauke besar.


"Sebab itu pertumbuhan suku pertama tahun ini jauh lebih tinggi daripada unjuran Kementerian Kewangan. Untuk suku tahun pertama 5.6 % lebih tinggi daripada suku tahun pertama tahun lalu iaitu 4.8 %. Lebih tinggi daripada pertumbuhan China, Indonesia dan Vietnam


"Sementara itu inflasi pula menurun dari 3.9% suku keempat tahun lalu kepada 3.6% (suku peryama 2023). Pengangguran juga berkurangan. Indikator ini menunjukkan betapa pentingnya peranan pimpinan dan tatakalola yang baik," katanya.


Untuk rekod, lebih 15,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Malaysia Madani peringkat Terengganu di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) malam tadi.


Selain Menteri Persekutuan, Kerajaan Negeri Terangganu diwakili oleh Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan barisan Exco.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page