Harga internet jalur lebar di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan turun seperti 'durian runtuh' dalam tempoh tidak sampai setahun memerintah.
Terbaharu harga internet pakej jalur lebar 100 Mbps diturunkan kepada hanya RM99 sebulan dengan promosi terhad RM89 kepada yang segera mendaftar.
Hal itu diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil.
"Sebelum ini, saya telah umumkan penurunan harga jalur lebar menerusi pakej RAHMAH untuk golongan sasar.
"Tapi kali ini, penurunan untuk semua golongan.
"Alhamdulillah dalam tempoh 10 bulan, beberapa siri penurunan harga internet telah dilaksanakan," katanya di Facebook.
Beliau turut membariskan beberapa penurunan harga internet sebelum ini seperti internet prabayar diturunkan kepada RM5 sebulan untuk golongan sasar; Harga internet jalur lebar diturunkan sebanyak RM20 sebulan; Harga jalur lebar Allo diturunkan kepada RM69 sebulan untuk kelajuan 100Mbps; Pakej 5G RAHMAH dengan harga hanya RM60 untuk data 60GB + telefon 5G bernilai RM1,099 dengan harga hanya RM240; Diskaun RM10 sebulan untuk penjawat awam dan Rebat internet sebulan untuk pengamal media berdaftar.
Comments