top of page

Kerajaan MADANI salur bina rumah ganti mangsa banjir puing di Baling

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

DS Saifuddin (tengah) beri bantuan rumah kepada mangsa banjir di Kg Iboi, Baling
DS Saifuddin (tengah) beri bantuan rumah kepada mangsa banjir di Kg Iboi, Baling

Seramai 17 keluarga mangsa banjir puing Kampung Iboi, Baling, Kedah pada Sabtu menerima rumah baharu di bawah projek perumahan fasa kedua di Kampung Bok Bak.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan peruntukan RM3 juta untuk melaksana projek rumah ganti lengkap dengan kemudahan infrastruktur kepada penduduk yang kediaman mereka terjejas akibat tragedi pada 4 Julai 2022.


Manakala kerajaan negeri pula melaksanakan pengambilalihan tanah dengan kos RM500,000.


"Ini adalah usaha bersama kerajaan Persekutuan dan negeri demi memastikan mangsa tidak terus terpinggir serta dapat kembali menjalani kehidupan yang lebih selamat dan selesa," katanya dipetik.


Tragedi banjir puing di Kampung Iboi pada 4 Julai 2022 mengorbankan tiga sekeluarga dan menyebabkan 12 keluarga kehilangan tempat tinggal.


Projek pembinaan perumahan fasa pertama bagi 12 keluarga terlibat telah siap dan diduduki di Kampung Sadek pada Jun tahun lepas. Manakala projek fasa kedua itu bermula pada 24 Mac tahun lalu dan siap sepenuhnya pada 25 Julai tahun ini.


"Syukur Alhamdulillah, segala perancangan dapat direalisasikan. Ini adalah bukti komitmen Kerajaan Madani dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi keutamaan," tambahnya.


Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin turut memaklumkan pembinaan Empangan Sabo bernilai RM22.8 juta yang diluluskan kerajaan Persekutuan juga telah siap sepenuhnya sebagai langkah mitigasi jangka panjang bagi mengurangkan risiko banjir aliran puing di kawasan Baling.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page