top of page

Kerajaan MADANI salur bantuan bencana RM14.7 juta kepada Selangor

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 10
  • 2 min read


Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyalurkan bantuan bencana berjumlah RM14.7 juta kepada Kerajaan Negeri Selangor.


Bantuan itu merangkumi pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana dan BWI Kematian sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa bencana yang kehilangan nyawa.


Menurut Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus (gambar), bantuan tersebut turut meliputi bantuan kepada mangsa bencana yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya minggu lepas.


"Setiap rumah yang terkesan akibat bencana itu menerima bantuan tunai berjumlah RM10,000 yang disalurkan kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya, iaitu RM5,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM5,000 daripada Petronas.


"Pemilik yang rumahnya separa musnah menerima sumbangan sebanyak RM5,000, iaitu RM2,500 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM2,500 daripada Petronas


"Pejabat Daerah dan Tanah Petaling selaku Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah akan mengagihkan bantuan berdasarkan senarai nama KIR mangsa bencana yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya menerusi satu kenyataan.


Kebakaran saluran gas Petronas pada Selasa minggu lalu menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.


Sebanyak 437 kediaman di Taman Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru dilaporkan terkesan akibat insiden itu, dengan 81 rumah musnah sepenuhnya, 81 lagi rosak sebahagian dan 57 lagi terjejas akibat kebakaran tetapi struktur masih utuh.


Baki 218 rumah lagi sudah diperiksa dan didapati tidak terjejas dengan 151 rumah diisytiharkan selamat untuk didiami semula.


Sementara itu menurut Khairul Shahril, Kerajaan Selangor turut bersetuju memberikan bantuan sewaan sebanyak RM2,000 sebulan selama enam bulan kepada setiap keluarga yang terkesan untuk menyewa rumah sementara kediaman mereka diperbaiki ataupun dibina semula.


"Peruntukan ini mencerminkan tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada mangsa-mangsa bencana di Putra Heights," katanya.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page