Kerajaan MADANI peruntuk RM1.97 bilion untuk pelarasan pencen Fasa 2
- Suara Keadilan

- Nov 12
- 1 min read

Kerajaan MADANI memperuntukkan RM1.97 bilion bagi pelaksanaan pelarasan pencen Fasa 2 di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (gambar) berkata, langkah tersebut menunjukkan keprihatinan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap khidmat bakti pesara.
"Golongan pesara tidak ditinggalkan apabila berlakunya pelarasan gaji kepada penjawat awam, pesara juga akan menikmati jumlah yang sama berdasarkan jumlah pencen terakhir mereka.
"Langkah ini sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan memastikan kesejahteraan pesara selari dengan prinsip Malaysia MADANI sekaligus memberi kelegaan kewangan kepada hampir sejuta penerima pencen dan pencen terbitan di seluruh negara," katanya dipetik.
Wan Ahmad Dahlan ditemui pemberita selepas Program Ziarah Pesara Uzur di Taman Desa Bayu, Seri Manjung pada Selasa.
Perdana Menteri pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19 pada Ogos tahun lalu berkata, pesara dan penerima pencen terbitan akan menerima pelarasan pencen.
Pelarasan itu susulan kenaikan peratusan gaji dinikmati penjawat awam sedang berkhidmat, melalui dua fasa iaitu pada 1 Disember 2024 dan Januari akan datang.









Comments