top of page

Kerajaan MADANI perkukuh usaha benteras ajaran sesat - Dr Zulkifli

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read

ree

Kerajaan MADANI terus memperkukuh kerjasama dengan pihak berkuasa bagi memantau dan membanteras penularan ajaran sesat di negara ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan (gambar) menegaskan, semua bentuk ajaran sesat berada dalam radar pemantauan kerajaan dan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan mengikut lunas undang-undang sedia ada.


Pada masa sama, peranan masyarakat, badan bukan kerajaan serta institusi berkaitan amat penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai contoh negara Islam yang terbaik.


Dr Zulkifli sementara itu berkata, agensi di bawah portfolio Hal Ehwal Agama turut giat melaksanakan program advokasi kepada pelbagai lapisan masyarakat.


Program itu bukan sahaja menampilkan keindahan Islam berteraskan al-Quran dan sunnah. malah memberi kesedaran tentang bahaya ajaran sesat.


"Keutamaan kita ialah membawa ajaran Islam yang sebenar supaya segala bentuk ajaran sesat dapat dihapuskan," katanya dipetik.


Dr Zulkifli berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Misi Bantuan Pasca Bencana Skuad Ihsan MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu.


Pada program itu, beliau menyampaikan bantuan barangan keperluan asas dan kelengkapan persekolahan kepada lebih 100 penduduk terjejas banjir.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page