Kerajaan MADANI lancar dashboard status terkini MA63
- Suara Keadilan

- 4 days ago
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Kerajaan MADANI bakal melancarkan papan pemuka (dashboard) Status Terkini Perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) hujung bulan ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi urusan Sabah dan Sarawak, Datuk Mustapha Sakmud (gambar) berkata, papan pemuka itu dijangka boleh diakses melalui portal rasmi Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bermula hujung bulan ini.
"Ini sebahagian usaha kerajaan meningkatkan ketelusan dan akses maklumat, khususnya berkaitan tuntutan hak 40% Sabah.
"Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof telah bersetuju supaya Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) JPM membangunkan Dashboard Status Terkini Perkara di bawah MA63 yang dijangka boleh diakses melalui Portal Rasmi BHESS JPM pada hujung Januari," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu tambah beliau, sehingga kini sebanyak sebanyak 29 perkara MA63 telah dibincangkan melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Daripada jumlah itu, 13 perkara berjaya diselesaikan – sembilan bawah kerajaan semasa dan empat bawah pentadbiran terdahulu.
"Ini adalah pencapaian terbaik Kerajaan Madani berbanding Perdana Menteri dan kerajaan terdahulu dalam menguruskan pelaksanaan MA63," tambahnya.
Sementara itu, Mustapha menegaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memelihara hak, kepentingan dan kemajuan Sabah serta Sarawak selaras semangat MA63 demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara
"Kerajaan MADANI akan terus memastikan pelaksanaan MA63 dilaksanakan secara berhemah, inklusif dan berteraskan semangat Persekutuan Malaysia, selari dengan tekad Perdana Menteri untuk memperkukuh kedudukan Sabah dan Sarawak dalam pembinaan negara," tambahnya.









Comments