top of page

Kerajaan MADANI komited sokong pembangunan berterusan di Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 15 hours ago
  • 1 min read

DS Dr Zaliha menyampaikan ucapan di majlis makan malam bersama pemimpin KEADILAN tempatan
DS Dr Zaliha menyampaikan ucapan di majlis makan malam bersama pemimpin KEADILAN tempatan

Oleh: Shaiful Annuar S


Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen padu terhadap pembangunan di Sabah melalui pelbagai inisiatif dan peruntukan besar dalam Belanjawan MADANI 2025.


Dalam satu pertemuan santai bersama pemimpin-pemimpin tempatan di Hotel Perkasa, Tenom, Sabah baru baru ini, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkongsi kejayaan-kejayaan Kerajaan MADANI dalam mengemudi negara ke arah kemajuan dan kestabilan.


Beliau turut menekankan bahawa kepimpinan negara di bawah Kerajaan MADANI telah berjaya mengemudi Kepengerusian ASEAN dengan cemerlang sehingga mendapat pujian di peringkat antarabangsa.


Begitu juga, katanya, Kerajaan MADANI tidak meninggalkan Sabah dalam hal pembangunan setara dengan negeri negeri lain.

Para pemimpin KEADILAN Sabah menerima kunjungan MPN KEADILAN Johor
Para pemimpin KEADILAN Sabah menerima kunjungan MPN KEADILAN Johor

"Kerajaan MADANI sentiasa menyokong pembangunan di Sabah. Ini terbukti melalui Belanjawan MADANI yang dibentangkan baru-baru ini, di mana Sabah menerima peruntukan terbesar berjumlah RM6.9 bilion," kata beliau.


Menurut Dr Zaliha yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, antara tumpuan utama peruntukan tersebut termasuklah menyambung fasa pembangunan Lebuh Raya Pan Borneo, penambahbaikan bekalan elektrik, serta pelaksanaan projek bekalan air bersih di seluruh negeri.


Dalam majlis yang sama, beliau turut menjemput masyarakat setempat untuk hadir memeriahkan Borneo Arts Festival 2025 yang akan berlangsung pada 13 hingga 17 November 2025 di Kompleks Laut Antarabangsa, Labuan.


Festival tersebut dijangka menjadi platform penting untuk memperkukuh identiti seni dan budaya Borneo di peringkat serantau.


Turut hadir dalam majlis tersebut tersebut termasuklah Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse dan pimpinan lain dari Majlis Pimpinan Negeri Johor.


Juga Ketua Cabang Tenom, Herbert Roger London; Ketua Cabang Keningau, Datuk Dr Sangkar Rasam dan Datin Rufina Pengeran, Ketua Cabang Pensiangan.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page