top of page

Kerajaan MADANI Komited perangi dadah hingga ke akar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 26
  • 1 min read

PM Anwar melancarkan Sambutan Hari Antidadah 2025 di Dataran Darulaman, Jitra, Kedah
PM Anwar melancarkan Sambutan Hari Antidadah 2025 di Dataran Darulaman, Jitra, Kedah

Kerajaan MADANI komited untuk memerangi penyalahgunaan dadah secara menyeluruh bukan sekadar mengawal, sebaliknya membasmi hingga ke akar umbi.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyalahgunaan dadah bukan sekadar isu jenayah tetapi merupakan ancaman nyata kepada maruah dan masa depan negara.


"Kita berdepan dengan sindiket yang terancang, memiliki dana, penyokong dan rangkaian luas. Namun, kerajaan tidak gentar.


"Kita hadir dengan iltizam politik, keberanian moral dan komitmen berterusan untuk melawan habis-habisan," katanya dipetik.


Anwar berkata begitu pada ucapan sempena Sambutan Hari Antidadah 2025 di Dataran Darulaman, Jitra, Kedah pada Jumaat.


Sambutan yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor itu menghimpunkan pelbagai agensi dan komuniti setempat dalam usaha bersama membina negara yang bebas daripada najis dadah, selari dengan semangat Malaysia MADANI.


Sementara itu dalam ucapannya, Anwar turut menekankan pendekatan kerajaan yang bukan hanya menumpu kepada tindakan menghukum, tetapi berfokus kepada usaha memutuskan kitaran ketagihan, terutama dalam kalangan kelompok miskin dan rentan.


Jelasnya, sinergi antara Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) perlu terus diperkukuh dengan pendekatan menyeluruh meliputi pencegahan, penguatkuasaan serta pemulihan yang berkesan.


"Perjuangan ini bukan mudah, tetapi ia mesti diteruskan. Kita bukan sekadar mahu mengawal, tetapi membasmi dadah hingga ke akar. Ini janji kita demi generasi masa depan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page