top of page

Kerajaan MADANI komited lindungi identiti, hartanah Melayu di KL - Dr Zaliha

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 6
  • 1 min read

ree

Kerajaan MADANI komited untuk memastikan komuniti Melayu di ibu negara terus kukuh menerusi strategi jangka panjang seperti digariskan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040).


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (gambar), berkata antara langkah yang sedang dirancang adalah memperkenalkan skim Rumah Mampu Milik Melayu, Kedai Mampu Milik Melayu dan Perindustrian Ringan Mampu Milik Melayu bagi setiap pembangunan di atas Tanah Rizab Melayu dan kawasan Penempatan Pertanian Melayu (MAS).


"Cadangan ini kini berada di peringkat awal kajian dan akan dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri sebelum dilaksanakan sepenuhnya," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.


Beliau berkata begitu sebagai menjawab soalan seorang Ahli Parlimen mengenai pelan jangka panjang kerajaan dalam mengekalkan identiti, pemilikan dan kesinambungan komuniti Melayu di tengah bandar khususnya di Kuala Lumpur.


Sementara itu tambah Dr Zaliha, sebagai usaha memperkukuh kedudukan komuniti Melayu di ibu kota, kerajaan telah menetapkan kuota minimum pemilikan Bumiputera sebanyak 40 peratus bagi projek pembangunan swasta dan sekurang-kurangnya 70 peratus untuk projek kerajaan atau usaha sama bermula tahun 2023.


"Kita telah meletakkan syarat ini ke atas semua kelulusan perancangan tanpa mengira lokasi atau bentuk pembangunan. Manakala bagi Tanah Rizab Melayu, pemilikan sepenuhnya 100 peratus kepada kaum Melayu adalah prinsip yang tidak boleh dikompromi," tegasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page