top of page

Kerajaan MADANI jamin kepentingan Melayu Kampung Baru

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 19
  • 1 min read
ree

Kerajaan MADANI menegaskan bahawa kepentingan orang Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur akan terus terpelihara.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (gambar) berkata, setiap langkah pembangunan di kawasan bersejarah itu akan dilaksana dengan penuh hemah serta berpaksikan lunas undang-undang.


"Pendirian kerajaan selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj iaitu memastikan Kampung Baru kekal sebagai simbol kelangsungan maruah dan kepentingan orang Melayu di Kuala Lumpur," katanya dipetik.


Terdahulu, Sultan Sharafuddin dalam satu kenyataan Istana pada Khamis menegaskan Kampung Baru ialah simbol kebangkitan Melayu di Kuala Lumpur sejak tahun 1900.


Baginda bertitah tidak menolak usaha pembangunan di kawasan itu, namun syaratnya mestilah jelas serta berpihak kepada orang Melayu agar sejarah dan warisan asal kawasan itu terus terpelihara.


Susulan titah itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu hantaran di Facebook menyambut baik dan menjujung kasih atas titah berkenaan.


Pandangan diutarakan Sultan Sharafuddin itu jelasnya seiring dengan pendirian kerajaan yang menghargai warisan sejarah di samping merancang pembangunan yang seimbang dan adil.


"Sebagai pengerusi Majlis Perumahan Mampu Milik Negara, saya beriltizam memastikan pembangunan benar-benar membawa manfaat kepada rakyat tanpa mengorbankan maruah, hak dan sejarah yang merupakan kepentingan nasional," katanya.


Untuk rekod, Kampung Baru ditubuhkan pada 1899 dan diiktiraf sebagai penempatan masyarakat Melayu bagi tujuan pertanian melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari 1900 sebagai rizab Petempatan Pertanian Melayu (MAS).


Istana Selangor dalam kenyataan susulan turut menjelaskan titah Sultan Sharafuddin tidak secara langsung menyentuh isu pembangunan semula Kampung Sungai Baru.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page